Pages

Wednesday, January 13, 2016

Resepi Stew Kambing ( Lamb stew)

Assalamualaikum wbt

Errrrr macam dah boring pulak nak mention keberhabukan blog ni bila buat entry post. Walaubagaimana pun kita counter lah keboringan ini dengan resepi stew kambing. Almaklumlah kan, banyak puan-puan kan selalu #cookingismytheraphy hehe. Maka untuk terapi, makan kambing nak-nak lamb shank memang la syurga dunia :)

Resepi stew kambing ni kami makan bersama Nasi Pilaf. Nak sebut nasi arab macam nervous lak kalau orang tanya originalitinya arab belah mana. Tapi dari segi rasa ada sikit-sikit sama dengan nasi arab (Nasi Mandy)  kerana ada beberapa rempahnya hampir sama.

Saya gunakan
1.5kg kambing
4 cawan beras

 Kambing dicuci bersih dan disalut nipis dengan tepung gandum


 Gorengkan sebentar kambing tadi. Tak perlu empuk, cukup sekadar luarnya brown

Daging kambing yang telah selesai digoreng diketepikan seketika


 Rempah ratus

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Ketumbar dan jintan putih di sangai dan ditumbuk atau blend kering halus. Boleh tambah paprika kalau nak warna kemerahan

Kayu manis, cengkih , buah pelaga, daun salam dan limau kering masuk saja dlm campuran stew tak perlu di sangai.

 Bahan tumis wangi (Mire poix : baca meer-pwah)

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang (bahagian akar) daun bawang
2 batang ( bahagian akar ) daun sup
2 batang ( bahagian akar) daun ketumbar - dalam gambar ni daun ketumbar tu tersimpul rapi :p
2 biji lada hijau
Sebiji lobak
Sebiji kentang
2 biji setengah tomato

Semuanya dihiris dan ditumis. Mula-mula tumis bawang2 dan sayuran berubi dulu. Kemudian masukkan yang lain kecuali tomato.


Mirepoix yang telah ditumis. Masukkan bahan-bahan rempah dan gaul sebati

Masukkan kambing yang telah digoreng tadi, masukkan tomato hiris

 Masukkan air sehingga menutupi keseluruhan daging kambing

 Masak sehingga periuk tekanan membunyikan wisel. Biasanya mula berbunyi dalam sejam. Boleh biar lama sket ( sekitar 1 jam 30 min ) supaya daging kambing tu lembut dan mudah tanggal dari tulang :D

Kalau ada periuk tekanan Noxxa lagi bertambah mudah (tapi saya tidak tahu caranya  dan timing kerana tiada periuk berkenaan), tapi kalau periuk tekanan Giant atau periuk cap buaya made in Thailand pun boleh :D

Perasakan dengan garam setelah penutup periuk dibuka

Untuk masak nasi
4 cawan beras Basmathi - rendam 10 minit dan toskan semua air rendaman
4 cawan air sup stew - kalau pekat sangat guna (2 cawan stew + 2cawan air)
1 sudu besar garam - kurang jika stew telah diletak garam

Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi. Bila dah 'cook' boleh la nom nom nom nom nom

Salsa timun
1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perahan lemon

Hiris semua sayuran dan perasakan dengan garam, gula dan air lemon

Jika yang gemar ada sambal

5 biji lada merah
10 biji cili api
1 gengam daun ketumbar
1 biji tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
3/4 cawan air stew

Blend semua dan sedia dimakan

Ok dah lengkap resepi stew kambing dengan nasi 'arab'. Jadi hujung minggu nanti boleh la cuba ok. Kalau yang nak memikat mertua pun boleh refer resepi ni. Tapi kalau takut bakal mak mertua tak makan kambing, gantilah dengan ayam ( adjust juga timing memasak kerana ayam cepat masak) :D
myfreecopyright.com registered & protected