Pages

Monday, August 22, 2011

Yok Derma Yok

Dah hampir setahun lebih saya duduk Dengkil..

Minggu pertama perkahwinan saya dulu, suami saya bawak pergi join event majlis berkhatan di Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri


Menurut suami saya rumah anak yatim ni tak dapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat. Ini disebabkan syarat untuk sesebuah pertubuhan nak dapat title 'rumah anak yatim' mestila berada dalam kedudukan corner lot..Memandangkan RAYMTB ni kedudukan rumah yang diwakafkan kat tengah-tengah, secara langsung tak layak syarat dapat bantuan...

Walaupun begitu saya kagum juga dengan survival rumah anak yatim yang tak bersubsidi kerajaan ini.. Mereka survive dengan bantuan orang ramai dan inisiatif menjana pendapatan melalui perniagaan.. Bilangan rumah juga dah bertambah dari sebuah kepada dua buah (sebuah wakaf, sebuah lagi sewa).. Bilangan permohonan nak masuk masuk juga makin ramai tapi apa kan daya limitation kawasan..

Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini apa kata kita buat sumbangan sikit untuk rumah anak yatim ni.. Kalau tak dapat banyak pun  takpe, yang penting ikhlas.. :)

Anda boleh salurkan sumbangan ke ;

Maybank Islamic berhad ( 162834034545)
CIMB bank (1267-0005898-52-4)
Akaun Baru CIMB : 12670000969055  ( Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri )

Anda boleh juga berhubung dengan penjaga/ kakitangan rumah anak yatim ini melalui talian berikut ;

PUSAT JAGAAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN TAMAN BAIDURI
Address:NO. 11A, JALAN 2, TAMAN BAIDURI,
43800 DENGKIL,SELANGOR
Tel:03-87688507
Fax:03-87688530
Email:raym_tamanbaiduri@yahoo.com
 

2 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

ngapa laaa kena buat rule² macam gitu kan? dan kerana tak menepati satu syarat, maka dilupakan langsung? padahal duitnya (zakat) banyak...

nanti budak² jual kalendar kat stesen minyak- marah, orang agama lain datang bantu- marah, la la la

ciketon, jangan buat saya emo laaa ;p

ciketon fazya said... Reply to comment

@kucingorengemok

oh cop kog, rumah anak yatim ni tak jual kalender tau.. yang kena berniaga ialah penjaga mereka.. diorg berniaga kat pasar malam bangi (kat shell kot) untuk generate income.

tapi kami a bit concern, kalau penjaganya bz dan penat kena cari pendapatan, kang diorg penat tak dpt fokus kat anak2 bwh jagaan..

tapi mmg survive dengan derma org ramai.. nak pindah corner lot nnt jauh terpisah pulak dari rumah asal yg dh diwakafkan.. birokrasi la hai..

myfreecopyright.com registered & protected