Pages

Tuesday, July 19, 2011

Steam vege beef steak with shitake oyster mushroom butter sauce

Steam vege beef steak with shitake oyster mushroom butter sauce

Ni menu semalam... untuk sekian kalinya tekak feel2 mat saleh datang..haha..

Walaubagaimana pun penyediaan steak ni perlu dirancang semenjak cuti hujung minggu lagi.. Ini berikutan, bagi saya hanya daging batang pinang je yang tak mendatangkan masalah kalau nak dijadikan steak.. daging-daging yang agak berotot macam payah nak direalisasikan.. penah jugak try masak tapi liat..

Meh share cara buat.. ( kalau salah ampunnnn, i amatur cook)

Bahan-bahan:

600g daging batang pinang tebal di potong 2  (tebal 2 1/2 inci, berat anggaran 300g setiap 1)
Lada hitam
Garam
Jagung
Lobak
Asparagus
Minyak zaitun
Shitake mushroom
Oyster mushroom
Mentega
Cream / Susu

Penyediaan :
  • Kukus jagung, lobak dan asparagus 
  • Perap daging dengan garam dam lada hitam selama 10-20 min.. tak mau tunggu pun cam ok je..
  • Panaskan kuali leper gris sket dengan minyak zaitun
  • Bila kuali panas letakkan kepingan daging dan bakar ( searing )
  • Masa membakar steak ni depends keperluan masing-masing..boleh rujuk sini.. kami pilih well done (~20min, approx 10 min each side..) walaupun mat saleh kata not recommended..hehe
  • Selesai bakar daging, biarkan kepingan daging 'berehat' 
  • Kuali yang digunakan membakar daging tak perlu dibasuh.. biarkan jus daging yang tertinggal tu, terus masukkan cendawan yang dah dipotong-potong.
  • Letak mentega. Tambah lada hitam untuk lebih 'heat'.
  • Bila nampak cendawan dah macam garing-garing sket, letak cream atau susu.(dilute sket cream air panas kalau rasa lemak sangat..huhu)
  • Bila cream dah nampak buih didih terus matikan api.
  • Susun semua hasil masakan dalam pinggan..voila!.. terus tambah chubby..haha
Tips :
  1. Daging yang tak kena ais adalah lebih baik. Bila lepas beli, simpan daging dengan membungkusnya dengan paper tebal.
  2. Rehatkan daging sekurang-kurang 10 minit supaya steam dalam daging memasakkan bahagian dalam daging. Ia juga buat steak lebih juicy..
  3. Lobak dan asparagus hanya dikukus sekali dengan jagung bila jagung hampir masak.. kalau tak jadilah asparagus layu macam gambar di atas. Bila lobak dan asparagus masak, keluarkan dari pengukus kemudian rendam dalam air ais untuk hentikan cooking process. Tapi kalau dah terlebih masak tu redha ajelah..haha
  4. Cara bakar bakar steak yg saya buat ; 5 minit side A, 5 minit side B, 5 mint side A semula dan 5 min lagi side B. 
  5. Cendawan terpulang kepada apa yang ada dalam fridge..haha.. button mushroom lagi sedap kot sbb ia lebih meaty..

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected