Pages

Monday, April 25, 2011

Saya wanita berkasut boring

Tertarik dengan entry setianya kawan saya..

Bila bercakap tentang perempuan dan kasut.. mesti orang bayangkan kasut yang bersusun-susun, berwarna warni sedondon dengan baju, ada yang tinggi ada yang rendah... Suami saya pernah mengeneralisasikan saya seperti perempuan-perempuan banyak kasut yang lain..


Haha ni pic source dari google image ..saya punya? Tak ada!..Kasut paling cantik saya ada ialah kasut kahwin ( tapi pakai sekali je.. terasa membazir sebab tak selesa ) selebihnya kasut atau sandal yang berdesign boring tapi tahan sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih...

Beberapa kasut atau sandal (haha beberapa tu..padahal 3 je)  tu saya beli ngan harga yang sedikit mahal, tapi saya pakai untuk jangkamasa panjang sangat..haha.. pernah satu ketika, semua kasut atau sandal tu menunjukkan masalah ketara dimana ketiga-tiganya terkoyak, putus dan tercabut.. sudahnya saya pergi kenduri kat nikah kat kuantan pakai selipar jepun..sedih sekali rupanya.. tapi yang gembiranya suami saya approve beli kasut mahal sikit sebelum sampai majlis resepsi pengantin kuantan...yeay! (mean kasut atau sandal saya sudah ada 4 sekarang..hehe).. Ni lah kali pertama suami saya tengok saya beli kasut sepanjang setahun berkahwin..:)

Kasut atau sandal yang terkoyak, putus dan tercabut tadi sudah dihantar baiki.. dan jumlah membaikinya RM30 tak salah saya (suami saya yang hantar dan bayarkan..hehe)..mungkin boleh sambung pakai lagi untuk 3 tahun lagi ..:p

Apa pula cerita kasut atau sandal anda?

p/s : gambar kasut atau sandal tu, nanti balik rumah baru upload.. lum snap lagi..haha

7 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

1 pasang kasut kerja leper, 1 pasang kasut kerja bertumit, 1 pasang kasut jalan² leper, 1 pasang selipar jepun (yang jarang sangat pakai). sekian saja cerita kasut saya. selamat berkenalan!

Dr Singa said... Reply to comment

Sepasang kasut choc/pepel chop buaya
Sepasang flat biru BATA
Sepasang flat merah BATA ( sama design) (sib baik ada dua je kaler.. Kalau tak .. Semua saya rembat)
Sampai dah licin tapak dan jatuh/hampir tergolek jatuh baru akan ditukar

ciketon fazya said... Reply to comment

@kucingorengemok selamat berkenalan kembali..(sambil excited sama2 ada 4 kasut or sandal)

ciketon fazya said... Reply to comment

@DrSinga kita kecik ati ngan kasut buaya..dah la masa gi kedai design yg kita nak saiz takde, order online design tu plak dah abes..nampaknya masih terpelihara dari membeli kasut limited edition...

Psyche said... Reply to comment

saya ada kasut yang da berumur 6 tahun dan elok lagi. hehe. saya susah nak carik kasut, perlu design yang support kaki, dan perlu ada size 4. sekarang ni, size 4 susah nak carik. berserah dengan size 5. (contoh jawapan tak menjawab soalan)

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche wow lama tu.. kita paling lama ialah 5 tahun.. pakai sampai tak boleh pakai lagi..

.::: Princess MOMOY :::. said... Reply to comment

momoy penggila kasut terutama heels dan wedges =)

myfreecopyright.com registered & protected