Pages

Thursday, December 2, 2010

1 makanan 3 versi

Selepas meletak nama makanan berbunyi contain arsenik macam spagetthi racun tu, ada orang yang tertanya2 (sorang je pun) makanan ape yang ko buat neh..

Okeh let me introduce you wat is spagetthi racun.. sebenarnya resepi asal ialah dari mee racun.. mee racun ni memang macam misi mustahil nak dengar kat tempat lain selain Batu Pahat (yang memang best tau tak).. ape tah lagi jumpa..


Satu fakta yang anda perlu tau, kalau nak menikmati mee (atau spagetthi atau segala menda alah pasta sekalipun) racun ni, anda perlu boleh makan kambing.. Kalau anda alergik kambing meh bagi kat kitorang, memang tak rasa nikmat lah..Basically rasanya boleh dibayangkan seperti makan mee bandung disirami sup tulang kambing...

Ok cakap banyak pun membuang tenaga nak taip je.. resepi sila refer bawah :

bahan2:-
1/2kg tulang kambing -> saya campur dengan daging sket
1 inci halia
1 liter air untuk merebus
4 ulas bawang merah untuk dikisar
2 ulas bawang putih untuk dikisar
5 tangkai lada merah/hijau dikisar
6 sudu tomato puri -> saya guna tomato pes kimball
kicap
Garam & gula
1/2 kg mee kuning -> saya guna pasta...

cara2:-
Saya bahagikan cara penyediaan mengikut beberapa versi

Versi nak makan lambat2 sket 
1.Rebus kambing dengan satu liter air diletak halia. Biar sehingga daging kambing empuk.
2.Dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3.Masukkan lada yang telah dikisar sehingga naik bau.
4.Masukkan stok sup kambing beserta isi2nya.Masukkan tomato puri.
5.Tambah sedikit kicap, garam dan gula untuk perasa
6.Biarkan mendidih. Setelah mendidih hidangkan bersama mee kuning dan sayur yang sudah dicelur

Versi nak makan ala-carte
Ikut step 1-3
4. Letak tomato puri/pes tomato
5.Masukkan mee yang telah dibasuh. Biarkan mee sebati dengan bahan tumisan.
6.Masukkan stok kambing dan isi2nya
7.Tambah kicap, garam dan gula untuk perasa.
8.Masukkan sayur2.Tambah telur jika mahu
9.Siap dihidang panas2.

Versi satu periuk lebur je semua
1.Tumis bawang merah dan bawang putih
2.Masukkan lada kisar.
3.Masukkan kambing dan air.Biarkan  sampai daging kambing empuk.
4.Masukkan tomato puri/pes tomato
6.Masukkan pasta. Biarkan ia kembang sambil daging masak.
7.Tambah kicap, garam dan gula sebagai perasa.
8.Masukkan sayur.
9.Siap untuk dihidang

Apesal aku macam rajin taip panjang2 ni eh? sampel tak sampai lagi.. Err pukul berapa baru boleh balik gini..

Suami, isteri rasa isteri mungkin selesai keja jam 3pagi kot.. jangan lupa ambik eh..jangan la lambat2, isteri takut kat hospital malam2 ni rindu...

6 comments:

mohad said... Reply to comment

salam ziarah

Pija Madzlan said... Reply to comment

akak share ek makanan beracun kamu ni :D http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Mom-Bloggers/113479622052402

ciketon fazya said... Reply to comment

mohammad : terima kasih

siti sifir : haha kak boleh aje..

huuu tapi kat bawah2 tu ada ayat mun-pel (muntah pelangi)

Psyche said... Reply to comment

makanan nampak yummeh!!! mee racun Batu Pahat. Batu Pahat best. hahahaha.

kucingorengemok said... Reply to comment

rajin! awak mabuk kambeng agaknya ni.

ciketon fazya said... Reply to comment

kp : kite kan sayang tempat bermain..(sebab kite lahir kat muar)

KOG : jiwa kacau.. kul 11 semalam sampel patient research bos kite tak sampai lagi..memikirkan kambing mengalihkan fokus jiwa kacau..huhu

myfreecopyright.com registered & protected