Pages

Monday, October 18, 2010

Weekend activity : Homemade Soya

Lepas dah boleh berniaga jagung berondong (baca : pop corn), lepas ni boleh jual air soya pulak :p


Bahan-bahan
300g kacang soya
gula melaka*
gula putih*
daun pandan
air

Cara-cara
  1. Rendam kacang soya semalaman (sekurang-kurangnya >8 jam)
  2. Buang kulit soya yang dah kembang
  3. Blend kacang soya ( mengikut ratio 1 mangkuk soya 2 mangkuk air)
  4. Tapis hasil kisaran dan di tapi guna kain kasa
  5. Reneh air soya perlahan-lahan, sampai mendidih (api kena kecil, klu tak nnt pecah minyak lak).. letak daun pandan.
  6. Dalam periuk lain masak gula merah* dan gula* letak daun pandan
  7. Dah mendidih, tunggu sejuk .. campur gula merah* atau gula* dengan soya..MINUM!!!!
* pilih la mana2 suka..

p/s : google cakap ubat tau fu fa tu sama dengan bahan plaster of paris atau bahan buat siling..tengah kikis cornice nak wat tau fu fa next week..hehe
p/s/s : berangan boleh buat everything homemade supaya takde masalah klu dok oversea..berangan nak jadi expatriate..huhu
p/s/s/s : orang meniaga kedai makan patani tu kire expat jugak la kan??

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected