Pages

Saturday, October 9, 2010

Hadiah KIta Untuk Generasi Masa Hadapan

I seldomly reveal what institution i'm working with.. Ok actually i'm working with The Malaysian Cohort Project..

What is that????
Projek The Malaysian Cohort ialah sebuah projek kebangsaan yang mengumpulkan seramai 100,000 orang penduduk Malaysia yang berumur 40- 65 tahun sebagai sukarelawan untuk membentuk satu pangkalan data dan bank sampel biologik. Sehingga lepas meeting tadi update sukarelawan kami ialah seramai lebih 55,000 orang. Matlamat awal projek ini sebenarnya ialah mencari penanda awal kanser dan beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetik, hiperkolestrolemia dan lain-lain penyakit.

Apa maksud C-O-H-O-R-T?
Ia bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi ciri yang sama. Dalam projek ini peserta berkenaan berkongsi ciri ; warganegara Malaysia dan berumur 40-65 tahun.

Apa yang sukarelawan perlu buat sepanjang menyertai projek?
Peserta akan diminta untuk menjalani beberapa pemeriksaan ( antropometri, pemeriksaan tekanan darah, ujian biokimia ; glukosa, full lipid profile dan renal profile , ujian fungsi paru-paru, ujian fungsi jantung dan ujian hematologi) dan akan menjalani soalselidik berkenaan tentang sejarah demografik, kesihatan lampau, aktiviti fizikal dan corak pemakanan. Selepas 3 minggu, sukarelawan akan diberikan  keputusan pemeriksaan mereka dan pada setiap interval 6 sekali selama 2 tahun mereka akan dihubungi semula untuk mendapatkan maklumat corak kesihatan mereka sepanjang tempoh itu.

Selain dari keputusan pemeriksaan,apakah faedah untuk peserta?
Secara asasnya boleh dikatakan sukarelawan yang menyertai projek ini hanya mendapat faedah jangka pendek iaitu keputusan pemeriksaan itu sahaja. Walaubagaimanapun melalui pemeriksaan sebegini peserta dapat pendedahan awal tentang tahap kesihatan mereka dan boleh mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Sejajar dengan moto projek iaitu " Hadiah Kita Untuk Generasi Masa Hadapan", hasil kajian dan penyelidikan ini lebih besar impaknya untuk generasi kita akan datang.

Apakah pentingnya untuk mencari penanda awal penyakit?
Pada masa ini, kebanyakan penyakit seperti kanser biasanya ditemui pada peringkat yang telah serius. Oleh yang demikian, kajian epidemologi sebegini dilakukan untuk mengenal pasti pada peringkat manakah sesuatu penyakit berkembang. Dalam Projek The Malaysian Cohort, pendekatan kajian adalah bersifat prospektif ( data dasar adalah dari peringkat sihat dan perkembangan kesihatan sehingga sakit dicatatkan) berbanding retrospektif ( data dasar selepas sakit dan capaian maklumat melalui ingatan pesakit terhadap sejarah kesihatannya).  Kejayaan mencari rawatan sejak penanda awal muncul mungkin boleh membantu kita mengurangkan potensi sesuatu penyakit menjadi serius. Rawatan awal juga bermakna kos yang perlu dikeluarkan adalah lebih murah berbanding rawatan peringkat akhir.

Sekiranya kami berpenyakit, bolehkah kami mendapatkan rawatan di The Malaysian Cohort??
Projek ini adalah ujian saringan sahaja. Sebarang masalah kesihatan yang dialami perlu dirujuk kepada pegawai kesihatan atau doktor peribadi masing-masing. Walaupun The Malaysian Cohort menyediakan khidmat nasihat umum oleh pegawai perubatan secara berkala, namun rawatan kesihatan serta ubat-ubatan adalah dibawah tanggungjawab pesakit itu sendiri.

Bagaimana untuk turut serta?
Anda boleh datang terus ke pusat operasi The Malaysian Cohort di Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan UKM, 56000 Jalan Yaacob Latiff, Cheras KL.. Atau boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-2007 untuk sebarang pertanyaan.

2 comments:

Sayer Best said... Reply to comment

menarik la project ni..boleh develop lagi untuk buat dna bank ke..

ciketon fazya said... Reply to comment

mmg poject ini untuk development dna bank..:)

myfreecopyright.com registered & protected