Pages

Thursday, October 28, 2010

Cerita semalam

Blog ini suka error bila saya banyak idea.. tapi bila sudah boleh appear New Post tetiba idea terbang... ~sigh

Tiba-tiba macam banyak nak cerita tapi tak tau nak mula dari mana..

Oke bermula cerita malam tadi...
Hari sudah malam, sudah larut.. Suami isteri duduk berdua..tapi isterinya main FB... jumpa kawan lama... Errr jumpa kawan kat FB pun nak cerita ke?.. Oke straight to the point.. kawan lama tu nama hampir sama.. saya kenal dia masa saya masuk sekolah sama dengan dia.. (dia sekolah situ dulu, saya dari sekolah lain pindah sekolah sama dengan dia)... Masuk sekolah baru budak baru memang tercari2 tempat duduk kan.. cikgu suruh duduk sebelah dia.. Tiba-tiba berkenalan nama dia hampir nama saya.. nama depan beza Z digantikan DH, nama belakang sangat identical.. nama bapa lain2 lah.. rupanya kami duduk setaman dan paling kelaka beg sekolah saya sama dengan dia cuma bezanya warna...

Oke so??? berbalik kepada cerita saya chat FB dengan dia.. dia sudah kawen.. 2 anaknya.. sebab saya lagi pengantin baru dari dia, dia tanya suami saya keja ape.. ironinya suaminya juga lulusan undeng2 (sebut macam Abdul Wahub)... Tiba-tiba terfikir, dihayat lepas kami kembarkah???

Oke cerita siang semalam...
Pergi solat lepas makan.. bual2 dlm surau..haha orang pompuan memang suka bual2 dalam surau sampai tirai surau imam suruh pecat sebab dia nak tengok pompuan yang bising.. dah duduk alim terkepot-kepot tapi masih berbual..haha..

Kawan tanya pasal dia dan teman tapi mesranya.. kami semua geleng kepala.. tak setuju.. dalam masa yang sama saya terfikir balik.. siapa saya untuk tak setuju??

Bagi saya kawan berteman tapi mesra baik.. dan dia deserved orang lebih baik dari TTMnya sekarang.. ya persoalan siapa saya masih wujud.. ok sebab ini pendapat je, so pada pandangan saya TTM itu bukan dari kalangan yang sesuai lagi.. menilai TTM teman itu baik atau tidak saya tidak tahu, tapi dari sisi yang saya nampak terhadap pada lelaki berantai emas, bertindik telinga dan rambut berwarna itu, saya tertanya2  bagaimana tanggungjawab pada dirinya sendiri..Nanti bagaimana pula nak menanggung keluarga??

Memilih suami kena pilih yang baik.. Jangan ingat saya nak berlagak suami saya baik.. Saya tak berasa hendak compare suami saya dengan siapa2 pun atau dengan suami siapa2 pun sebab kalau ada aib dia itu rahsia dia yang wajib saya simpan dan kalau dia baik pun bukan saya nak bagi kongsi suami... huhu... maksud saya memilih suami kena pilih yang baik tu ialah sekurang-kurang yang boleh membimbing dirinya sendiri.. dapat membimbing isteri memang lah lagi dituntut.. Sebab bagi saya fitrah perempuan kan dibimbing.. tengok aja time berjalan aje bukan main suka kalau dipegang2 tangannya..

Unless kalau cukup kuat hati dan ilmu untuk membimbing suami, ya silakan untuk pilih yang perlukan bimbingan..

Eh tanya sikit je bagi pandangan panjang2.. pandanlah imam suruh tarik tirai...

Oke cerita petang semalam....
Balik selalu pikir nak masak ape.. konon2 hari2 nak masak lauk lain-lain.. tak nak lauk sama.. pergi singgah Pak Aji sebab nak cari bahan masak.. Nampak udang nak beli, nampak daging nak timbang.. Tiba-tiba nampak ikan keli organik..

Sebenarnya saya ada pesan ikan keli organik dengan sepupu suami saya..tapi masa pesan hari tu ikannya masih kecil2... rasa dah lama sangat pesan..rasa nak makan tak boleh ditahan-tahan..oklah terus beli sekilo tanpa ragu-ragu...lepas bayar2 terus balik... sampai rumah sepupu suami saya yang lain datang "Kak ni tadi sepupu abang Zul bagi suruh kirim kat akak"... sekilo lagi ikan keli okeh!!! maknanya sekarang melimpah ruah ikan keli...

Tapi semalam  tak masak pun sebab makcik bagi nasi dan lauk..Terima kasih Makcik.. Maka sehingga hari ini penuh la peti dengan ikan kucingorengemuk (baca catfish)...

Oke dah la..ready nak meeting kul 2 nanti..

7 comments:

Psyche said... Reply to comment

hehe.kalau kuat, boleh la pilih yang perlu dibimbing.

Saya masih ingat tika saya dicemuh/dibuang kawan bila memilih lelaki itu. Rasa nak jerit kat depan muka mereka "HELOO! SAYA BAHAGIA OKEH!" Tapi tak perlu lah kan. hahaha. (Tapi lelaki itu, tidaklah berantai emas, bertindik telinga dan rambut berwarna - cuma mungkin pada mata mereka, bukan lelaki jenis yang nampak ibadahnya depan mereka).

Biar dia, jika dia rasa dia boleh buat, dia boleh. Cuma ingatkan, setiap tindakan ada risiko..

ciketon fazya said... Reply to comment

kadang2 kite sesedap rasa bagi pandangan macam kite sgt baik je kan.. {haha masa bagi pendapat tak ingat, dah balik baru fikir}..

Masayu Ahmad said... Reply to comment

banyak nya ikan keli organik

kalau dekat, suruh dah fazya masak untuk kak mas

bukan amik yang segar, tapi nak yang sudah masak ;P (poyo kan)

ciketon fazya said... Reply to comment

haha k.mas..
yang masak tu kalau goreng je kire masak kan???hehe

Unknown said... Reply to comment

...camni nak mintak u pilihkan TTM i la ;p

ciketon fazya said... Reply to comment

TTM u birthdaymate i..
budak lahir 18 sept comel dan baik..
haha tiba-tiba..:p

Psyche said... Reply to comment

haahhaa. betul! kadang2 dah tulis/cakap, pastu baru terfikir. ahhahaha. ah, manusia.. macam tu la lagunya..

myfreecopyright.com registered & protected