Pages

Thursday, October 7, 2010

Beraya di kedai :#2

Selepas siri beraya di Ruz Aladin milik sepupu saya, minggu berikutnya kami gi beraya kat kedai pakcik suami kesayangan (haha saja je buat statement korang benci).. ok serius!! Kedai ni diterajui oleh Pak Mubin. Pak Mubin ni adik kepada arwah Baba..


Sajian yang ditawarkan di kedai Pak Mubin ialah nasi berlauk..Masa kami datang tu dah separuh hari..maka dah tak banyak lauk yang tinggal.. Hehe tapi menu special kedai Pak Mubin ialah Nasi Kukus Ayam Dara..  Ayam dara ni menurut Pak Mubin ialah ayam yang belum dinodai lagi muda.. Berat bersih pun sekitar 1.2kg je..so ayamnya memang kecik...seekor ayam tu cuma dipotong empat aje...Ayam tu diperap dalam rempah khas selama sehari.. mean untuk meniaga esok, malam semalam ayam dah perap.... Dah cerita panjang2 mana gambarnya???? Ampun Pak Mubin..dah sedap2 lahap, terus lupa ambik gambar..tau-tau dah abessss....tsk..tsk..tsk (nanges menyesal tapi perut kekenyangan...:p )


Inilah Pak Mubin dan anaknya, Iwan.. yang dua orang lagi tu muka biasa enterframe blog..haha..

Menurut pemerhatian kami, kedai Pak Mubin ni menjadi pilihan Mat Saleh.. Wah tetiba rasa macam mata dah bertukar biru..hehe

Ok nak pergi makan kat kedai Pak Mubin.. alamat penuh saya lupa tanya.. tapi lokasinya betul-betul bertentang dengan pintu depan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. so sambil bayar saman (ehem2) boleh pergi makan..

Oh ye kalau anda pergi makan sini pagi-pagi anda boleh juga layan makan Nasi Lemak Tang Ling.. (orang ckp nak makan nasi ni kena rebut2..tapi saya sendiri tak penah rasa )

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected