Pages

Friday, April 16, 2010

Menu minggu lepas

Haha minggu lepas adalah minggu sebulan jadi isteri.. orang kata semangat berkobar2 masak hanya sebulan je (rujuk ayat tipikal : ' Ala, semangat nak masak2 tu sebulan je!!!).. so sempena meraikan sebulan itu update makanan ada 2 jenis juga..

IKAN KELI BAKAR BERSAMBAL


Ini seperti konon2 ikan bakar belakang Istana Negara.. konon2 je.. tapi part paling best kalau korang makan ikan keli ni kat umah saya, tak payah byr macam makan belakang Istana..hehe

Ikan keli bersambal bakar

Bahan2

  1. 3 ekor ikan keli (dipotong 2)
  2. 5 ulas bawang merah*
  3. 4 ulas bawang puting*
  4. 1 inci halia*
  5. 20 tangkai cili kering*
  6. garam
  7. gula
  8. air asam

Cara2nya

  1. Cuci ikan bersih2
  2. Blend semua bahan bertanda*
  3. Tumis bahan diblender dan tambah perasa (gula, garam dan air asam)
  4. Alas daun pisang pada loyang
  5. Sambal tumisan tadi dilumur pada ikan
  6. Tutup bahagian atas dengan daun pisang dan tutup lagi dengan alluminium foil untuk mengelakkan daun pisang atas hangus
  7. Bakar dalam oven selama 20 min dengan suhu 120-150 degree Celcius

Seperti biasa akan ada menu untuk mertua..ya saya tidak berkesempatan mempunyai ibu ayah mertua (Alfatihah untuk Mama Badriah Abdul Muid & Baba Mohamed Nawawi) tapi ahli keluarga ayah dan ibu mertua saya a.k.a jiran selalu menaja makanan kami suami isteri (tq Makcik..we luv u..^_^ ).. maka apalah sangat nak masak sekali sahaja dihujung minggu.. so menu minggu lepas dinamakan :-

LONTONG UNTUK MERTUA :)


[Nasi impit + kuah lodeh + kuah kacang]

Hehe lontong ni saya simpan sket bawa balik BP untuk Ma saya rasa..haha macam terkesima Ma saya mendengar anaknya rajin memasak.. hehe Ma, ur girl grown up already..

Nasi impit : Rebus 2 -3 jam.. biar kan semalaman untuk memempatkan tekstur.

Kuah kacang

Bahan2

  1. 300g kacang digoreng dan dikisar
  2. 100g ayam / daging (saya guna ayam)
  3. 15 tangkai lada kering*
  4. 5 ulas bawang merah*
  5. 2 ulas bawang putih*
  6. 1 inci halia*
  7. 1 inci lengkuas
  8. bahan perasa (garam, gula, air asam)
  9. 1 liter air

Cara2nya

  1. Blend bahan *
  2. Tumiskan bahan *. Masukkan lengkuas
  3. Masukkan ayam dan biarkan sekejap sampai ayam keluar airnya.
  4. Setelah bahan * masak, masukkan kacang.
  5. Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  6. Perlahankan api, biarkan sehingga kacang empuk.
  7. Masukkan bahan perasa mengikut kehendak masing2.

Kuah Lodeh

bahan2

  1. Kacang panjang
  2. Lobak
  3. Sengkuang
  4. Bawang putih*
  5. Bawang merah*
  6. Lengkuas
  7. Tauhu
  8. Santan { saya guna santan kotak 250ml + air suam 400 ml)

Cara2nya

  1. Blend *
  2. Tumis *
  3. Masukkan lengkuas
  4. Masukkan sayur 1,2, 3
  5. Masukkan santan, biar mendidih seketika dan masukkan tauhu.
  6. Letak garam secukup rasa eh..

    p/s : ni dah 40 days.. so tak payah masak kah???

2 comments:

Psyche said... Reply to comment

ahhahahahha.. tahniah Eton kerana berjaya masak selama sebulan! semoga semangat itu sentiasa ada...

(oh, saya punya skala, mula2 hari-hari, lama sket, selang sehari, lama lagi, hujung minggu saje, lama lagi, masak bila rasa rindu nak masak saje. hahahha).

weekend ni nak masak la (jika da sihat, tp ni rasa cam dah nak sihat dah ni).

terima kasih kerana mewujudkan perasaan nak masak saya ye.

ciketon fazya said... Reply to comment

kite tak masak everyday sbb mknn weekdays ditaja oleh makcik..so weekend kite masak la untuk pulang pinggan mangkuk..

skang ni tgh pk juga nak masak ape..huhu

myfreecopyright.com registered & protected