Pages

Monday, May 18, 2009

Apakah yang bisa saya berikan kepada anda?

Biasanya dalam meeting selain kena bambu, ada juga nasihat2 baik..tazkirah2 dan perkongsian ilmu Tokoh Penyelidik Nasional kepada anak2 buah yang setahun jagung seperti kami [saya terutamanya]..kekadang klu dengar ape yang tokoh penyelidik ckp dah mcm upline MLM pun ada...tapi mengagumkan la [saya admit MLM tu boleh create leader klu kena caranya..dan mestilah berbakat]...

Bos saya seorang yang bercita-cita amat besar sehinggakan dia berhasrat untuk mengubah tradisi tipikal petugas kerajaan..maka, kami adalah pilot projeknya sehinggakan petugas kerajaan lain yg jauh lebih senior merasakan kelompok opis saya merupakan moron dan menjengkelkan...kami diarahkan untuk serve patient kami dgn senyuman semanis madu walaupun anda dimarah secara kejam oleh org yang salah sebut tarikh kehadirannya bila mintak medical report...mungkin tarbiahnya seawal masuk kerja [terutamanya pekerja veteran...saya adalah kelompok veteran di opis yang sempit dan bocor itu] maka kami tak membantah dan amat patuh dengan arahan itu sehingga kan setiap kali lepas meeting masing-masing berlari-larian ke komputer surfing kerja kosong di tempat lain..

Jangan fikirkan ape yang boleh kita peroleh daripada orang..tapi fikirlah apa yang boleh kite berikan kepada orang lain... contohnya apa salahnya kita berikan RM10 dua kepada org yang meminta derma tanpa memikirkan apa yang bakal mereka manfaatkan atas pemberian kita itu kerna mungkin harta yang kite peroleh ini terselit hak mereka...

Menurut bos saya itu, beliau pernah pergi satu kursus dimana peserta diminta untuk meninggalkan semua wang, perhiasan diri malahan pengenalan diri..kemudian mereka dibawa ke satu tempat yang lain dan mereka diminta untuk pulang sendiri ke kem dengan sejumlah wang sekurang2nya RM800..[mungkin masa ni kot bos saya menyelami perasaan peminta derma]..tapi saya tak tau berapa bos saya dapat sbb dia kata dia nak bagitau minggu depan..[maknanya meeting minggu ini lahh agaknya]

Kelmarin saya dengar 1 lagi tazkirah di Surau Annur..menurut ustaz Zahazan [penceramah pada hari itu] beliau bertemu dgn seorg pembayar zakat terbanyak di Negeri Johor [bygkan setiap minggu beliau byr zakat sebanyak RM20k..setiap minggu]..klu saya sbut perniagaannya anda pasti akan mengiakan kesuksesan beliau...menurut ustaz tu selain kepatuhan berzakat tokoh ini juga sentiasa menjaga solatnya dan turut membahagiakan kedua orang tuanya...Nah ini lah hasilnya setiap pemberian hak yang kita lakukan kepada Pencipta, kepada ibu ayah kite malahab kepada orang di sekeliling kite.. individu yang ustaz ni cerita ialah owner Al-Ikhsan...Subhanallah...

Sebenarnya saya cerita panjang-panjang ni saya ada juga benda yang nak diberikan kepada orang lain..Report Pengumpulan Data The Malaysian Cohort di 30 tempat [mean ada 30 report...gile tensen]

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected