Pages

Friday, February 6, 2009

Karma

Cerita 1
Lebih kurang 30 tahun dulu seorg pasangan telah berkahwin..Adat pasangan baru berkahwin, dalam ekonomi yang ala2 menyebabkan mereka sebulan dua usia perkahwinan mereka menumpang teduh di rumah ayah dan ibu mereka..walaubagaimanapun dek kerana terlalu gembira melayari bahtera rumahtangga yang penuh rasa indah diawal perkahwinan mereka seperti tak perasan yang ayah ibu mereka..Makan dan minum hanya diteguk berdua...hatta terkulat2 lah ayah dan ibu dan adik2 yang masih kecik2 tu tertelan-telan air liur kekecuran... Ironiknya selepas 30 tahun mereka menonton kembali perilaku dimana wataknya diambil alih oleh anak2 mereka...

Cerita 2
Dia baru berkahwin..lumrah menantu bukan pilihan..mmg kena buli..masak tawar dilempar garam.. masak bergaram di tuang air... terlebih santan katanya kolesterol.. anak dan menantu hanya diam dan masih sentiasa baik kepada ibu lantaran kunci syurga hanya pada ibu...Setelah 20 thn, menantu pilihan lebih senang duduk mendodoi anak dari pergi ke dapur...kelihatan anak kromosom XY lebih betah di dapur berbanding XX...

Cerita 3
Di sebelah kiri ada isteri yang dinikahi dan anak2 yang perlu disuapi setiap hari..di belah kanan mengendong tggungan adik2 yang haus pelajaran dirantauan.. Mujur isterinya memahami..mujur anak2 tidak kenal erti kerenah.. pengorbanan berbalas bila kini si adik bermurah hati membiayai si anak2 saudara...

Any comment?heee saya nak jumpa ayah mama saya...rindu sangat......^_^

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected